Teringin untuk memahami filem Bolywood tanpa perlu merujuk sarikata dalam adengan klimaks!
Atau sangat berminat dengan alunan lagu Bollywood namun tidak dapat memahaminya?
Ingin speaking Hindi & Urdu dengan keluarga, rakan, pemilik kedai tudung?
Sekiranya jawapannya YA!, maka anda berada di tempat yang betul untuk mempelajari bahasa Urdu dan Hindi secara menyeronokkan melalui pelbagai video yang boleh dimainkan melalui telefon bimbit dan computer.
Program pendek ini dihasilkan untuk mereka yang ingin berkomunikasi dalam bahasa Urdu dan Hindi dengan sahabat atau ahli keluarga serta memahami dialog dan lirik filem Bollywood. Terdapat berbagai contoh daripada filem Bollywood popular sebagai bahan rujukan dalam kursus yang menarik ini untuk mempercepatkan proses pemahaman dan penggunaan kata dengan betul.
Setelah tamat program ini, anda akan dapat memperkenalkan diri dan memulakan serta meneruskan perbualan dengan rakan dan ahli keluarga dalam bahasa Urdu dan Hindi. Sebagai bonus anda akan dapat memahami dialog dan lirik yang kerap digunakan di dalam filem Bollywood .
Anda juga dapat memahami konteks filem Bollywood melalui penggunaan bahasa yang kerap digunakan dalam kebanyakkan filem tersebut.
Penguasaan sepenuhnya bahasa Urdu dan Hindi memerlukan kursus lanjutan / advanced yang akan saya hasilkan sekirannya anda inginkannya.
Untuk menjadikan pembelajaran kursus ini menyeronokkan, anda boleh mempelajarinya dan berlatih dengan keluarga, sahabat handai, jiran atau rakan sekerja. Melalui pembelajaran berkumpulan, pelbagai role play dapat dilakukan untuk mempercepatkan penguasaan bahasa baru ini.
- Belajar melalui video dimana saja anda berada, pada bila-bila masa anda suka.
- Belajar seorang diri, dengan rakan atau dengan peserta lain.
- ‘Pair’ telefon dengan pemain radio kereta anda melalui Bluetooth kedua-dua peranti tersebut untuk mendengar sambil memandu (bergantung pada telefon dan pemain radio kereta anda).
- Terdapat nota yang boleh di print untuk memudahkan rujukan.
- Anda boleh post komen semasa menonton video.
- Terdapat forum untuk mengemukakan soal jawap tambahan dan berinteraksi dengan peserta lain dari program ini.
Forum diskusi dengan pensyarah serta peserta lain.
Responses