Tafsir Al-Furqan

Ustaz Uda Kasim · 26/06/2022

Ustaz Muhamad Uda merupakan Pengetua Maahad Dakwah Wal Irsyaf, Jln. Batu Tiga Klang. Beliau telah menyampaikan hampir 3,000 siri kuliah agama dari Tafsir Al-Furqan, Sejarah Andalusia dan Sejarah Abbasiah melalui Radio Selangor.

KLIK DISINI UNTUK SERTAI GROUP WHATSAPP TAFSIR AL-FURQAN

Sekiranya tertinggal mana-mana siri, anda dan keluarga dapat mengikuti rakamannya melalui Madrasah-Alkahfi.org.

Madrasah-Alkahfi.org menjadikan pengajian agama sebagai aktiviti sosial yang menyeronokkan. Melalui sistem gamifikasinya anda dapat melihat kemajuan diri, keluarga, meneroka kuiz interaktif dan menerima sijil online setelah tamat pengajian.

Anda juga dapat menjemput atau menghadiahkan program kepada sesiapa yang dirasakan sesuai di kampung untuk mengaji bersama bagi menggalakkan sikap bantu-membantu di antara satu sama lain dalam melakukan kebajikan.

Dari Ibnu Umar RA dari Nabi SAW, bahawa baginda bersabda: “Ketahuilah, setiap kalian adalah pemimpin, dan setiap kalian bertanggung jawab atas apa yang dipimpinnya. Seorang pemimpin yang memimpin rakyat akan bertanggung jawab atas rakyatnya, seorang laki-laki adalah pemimpin atas keluarganya, dan dia bertanggung jawab atas mereka semua, seorang wanita juga pemimpin atas rumah suaminya dan anak-anaknya, dan dia bertanggung jawab atas mereka semua, seorang hamba adalah pemimpin atas harta tuannya, dan dia bertanggung jawab atas harta tersebut. Setiap kalian adalah pemimpin dan akan bertanggung jawab atas kepemimpinannya.”
(HR Muslim No: 3408)